Inilah Cerita Saya Yang Sibuk..
salam dari bumi kenyalang..
hoyeeh, saya kembali menulis lagi setelah beberapa hari tidak menulis sebarang coretan buat tatapan kalian. maafkan saya kerana selalu mengambil masa yang lama untuk update stori mori..bukan malas, tapi ideanya enggak datang..hekhek..
minggu ni adalah minggu yang sibuk bagi saya dan semua guru di sekolah ni. mana tak sibuknya, semua benda nak kena pastikan siap dalam minggu ini. yang paling busy sekali ialah guru kelas macam saya nih. banyak keja yang nak kena settle dalam minggu ni jugak. tak boleh tidak..huhuhu..camno tu?
peperiksaan akhir tahun telah selesai 2 minggu lepas. minggu ni semua markah dan yang berkaitan dengannya wajib diserahkan kepada pihak sekolah. sebabnya minggu depan majlis anugerah prestasi cemerlang peringkat sekolah bakal berlansung. makanya tak dapat tidak, semua kerjaan yang bersangkut paut itu harus diselesaikan dengan segera.
minggu ni saya boleh dikatakan sangat busy. tapi masih sempat berinternet nih. eh mestilah sempat kan..haha..mane aci kalo tak jenguk blog kawan-kawan ni..rasa cam tak sempurna je hidupku..chewaaahhh...hakhak..eh, kamu tak percaye eh?
untuk majlis anugerah itu, saya macam biasalah jawatan tetap dan berpencen kena buat buku program dan jadi jurugambar yang tak bertauliah..hekhek. jadiknya, minggu ni nak kena siapkan sepenuhnya rupa buku program tu sebab guru besau nak tengok progress nya..alahai, camno ni?
masalahnya masih ada lagi maklumat yang belum depa serahkan kepada saya nih..dahla esok ni nak kena present kat guru besau. hegeh-hegehla plak cikgu-cikgu ni buat keja. kita ni yang kena buat buku programnya kena settle dalam minggu ni. nak nunggu depa hantar naik berjanggut dibuatnya..haaa!! sejak bila plak berjanggut nih cik amy oiii...hakhakhak..
tapi nak salahkan depa sangat pun tak bole gak, sebabnya masing-masing ada commitment yang lain. ai, ingat saya ni takde commitment lain lagi ka? saya pun guru kelas juga..macam-macam benda nak kena isi..aihh..
minggu ni gak ada LDP lagi kat sekolah. ni kira yang last. no more LDP lagilah pas nih..hoyeehh! seronok.. bagi yang jadi guru macam saya ni mesti tau LDP tu apa kan. bagi yang tak tau, meh saya nak kabo..LDP tu ialah latihan dalam perkhidmatan..diwajibkan hadir kepada semua guru dan kakitangan sokongan..takde istilah escape ekk..tapi saya dok perhati dalam 2 LDP yang lepas, ada je yang tak datang. tak tahu katanya. leh terima ke reason camtu ek? emm, whatever lah..apa yang penting di sini, saya ada datang dan tak pernah escape..sebabnya saya kena jadik jurugambar. harus ado di situ..hakhak..
sabtu ni plak ada dinner untuk para guru dan staff sokongan. veneu nya tak sure plak saya di mana. kena reconfirm balik tentang tu. ala, lagi pun saya tak kisah buat kat mana-mana pun..yang penting dapat makan yang best-best..haha. tapi, masalah transport tetiba menyelubungi diri. tak tahu nak pergi cemane. nampak gayanya kena buat muka sedih sekali lagilah kat cikgu open tuh numpang naik kete gaiyanya..haha..
ape lagi nak bercerita ni ekk..
alah, tak payah nak cerita banyak-banyak lagilah ek. dah berjela-jela saya tulis tu. saya pun dah tak tahu nak pikir apa lagi dah. next time kalo tetibe idea nak menulis dan bercerita itu datang menjengah kotak fikiran ni, saya akan kembali lagi.
tapi...suka saya nak ulang kat kalian bahawa walaupun saya jarang update blog, tak semestinya saya tidak menjengah blog yang ada dalam list blog kat sebelah tu. saya selalu blogwalking untuk membaca cerita terkini yang dipaparkan. mungkin dengan membaca entry kalian, semangat saya untuk update memuncak naik macam sekarang ni walaupun busy tahap gaban...hakhak..harus ado perkataan GABAN tuh..kekeke!
waahh..makin meleret-leret lak cik amy nih..kang melaut perginya lak..haha
okay, saya akhiri kalam bicara hati saya ini sampai di sini saja..lain masa, lain hari kalo ada idea..saya update lagi. usah risau, im happy to read your blogs..teruskan meng 'update' kan diri setiap masa..haha..saya sudi membacanya..sekian, terima kasih!

waduuhhh, tengoklah kalo kebizian tahap gaban cam nih..ada potensi leh jadi ga ya lam alif nih..hakhak..tak sanggup nk nengok kertas yang macam semak samun nih..adoiii!
ok, tata..
nota kilauan cinta:
pandanglah dengan pandangan mata hati yang pasti..








Tentang Cik Amy
Pendidikan Cik Amy






November 11, 2009 5:42 PM
cik amy..
SAYA SUDAH MERDEKA....!!!!
sila lah jeles..
hikhik..
oh..GABAN tu wajib ada
tapi nape takde skrg ye..
ramai budak skrg tak tau..
bak kata kanak2 ribena
"gaban tu menatang apa teacher?"
hikhik..
hoho..
saya berjoget joget dgr lagu ni..
cik amy dilamun cinta ye?
;)
November 11, 2009 6:46 PM
Salam cik amy
wah nampak betul memang sebuk yea cik amy...
Dari seminggu keseminggu ,
sebuk nya..
X pe ,pas nie cik amy leh brehat panjang la...tenangkn fikiran ...
Semoga cik amy ceria selalu
November 11, 2009 6:55 PM
seronok baca rutin : sehari dalam hidup seorang guru.
sejak kecil memang nak jadi macam ni.
tapi kekentuan kerjaya - kelain - tapi masih dalam bidang yang sama......
saya pun semakin nak sibuk - cuti penggal......
November 11, 2009 8:07 PM
salam cik amy,
Wah tengah sibuk nampaknya. Biase la dah ujung tahun ni. Yang teramat sibuk pastilah guru tingkatan macam kite hehe. IP sibuk gak ni tapi belum sampai tahap gaban lagi...
p/s moga dalam kesibukan ini awak ceria juga. Ceria macam lagu kat sini.Tengah bercinta ke ni. Siapa la si pengubat hati rindu tu... jangan mare haha
November 12, 2009 2:07 AM
ni memang betul-betul sibuk tahap gaban ni.
November 12, 2009 3:51 AM
salam....
gerimis di pagi hari..
tangisan bidadari,
cinta ini tak dapat dipisahkan.
la lalu sibuk membatik pelangi,
kubantu menjemurnya di balik matahari..
cinta tak pernah kehabisan kata,
ku ingin merinduimu pada sungai sebening kaca,
tempatku bercermin tentangmu dari waktu ke waktu,
kamu refleksi indah tentang cinta dalam hidupku,
seperti dulu, ku menyintaimu, eperti sekarang tanpa akhir,
seperti sungai, cinta tak perlu alsan untuk terus mengalir...
ss
November 12, 2009 7:28 AM
Wah! indah sungguh madah si Anonymous di atas. Tergamam seketika menafsir kata-kata yang terukir indah di blog yang sememangnya sentiasa diziarah.
Siapakah gerangan Anonymous itu? Adakah orang teristimewa empunya blog ini? Entah....
November 12, 2009 8:02 AM
sibuk?
hmm 2 minggu kebelakangan ni sy mmg sibuk.. bersepah meja kat opis.. hmm tapi dah nama keje, kena lah buat gak..
November 15, 2009 3:17 PM
Tak ada idea mari sini nak bagi sikit.
November 16, 2009 11:11 PM
Huhu macam nak pengsan minggu ni..peak time la
November 17, 2009 4:23 PM
Ciannya Cik amy.... tak pe... ti Cuti sekolah boleh la Cik Amy ber'Hoye2'
November 19, 2009 4:36 PM
to mawar_berduri..
emm yepp pasti cuti sekolah nanti ni kite semua dapat berhoye2 ..haha
November 19, 2009 4:37 PM
to imanshah..
memang peak time...nasib tak pengsan..haha
November 19, 2009 4:38 PM
to prasert E.C..
emm takde idea time camnie..hehe..camno tuuu?
November 19, 2009 4:40 PM
to Che'Pit..
emm memang keje tak kan abis sampai bila2..nak2 dah dekat nak ujung tahun ni kan..hehe..buat aje lah yeee..
November 19, 2009 4:41 PM
to Abgbent..
emm...anonymous yang misteri tu..haha..
jangan diri diselubungi misteri udahla ekk...hehe
November 19, 2009 4:43 PM
to anonymous..
terima kasih atas jalinan puisi yang diberi...memang cinta satu refleksi yang indah...moga kekal selamanya..
November 19, 2009 4:44 PM
to CRAZY BEAUTIFUL88..
emm...memang busy tahap gaban kak..haaha..
November 19, 2009 4:45 PM
to insan pendidik..
emm...menjadi guru kelas atau tingkatan ni memang sangat sibuk...semua keje nak disettlekan..macam-macam hal yang kekadang menyerabutkan kepala..hehe..
November 19, 2009 4:46 PM
to -jinggo-..
moga terus sihat dan sihat tanpa tekanan lagi ekk...
November 19, 2009 4:47 PM
to setiasahabat..
em..masa sekarang memang sibuk..tapi cuti nanti lehla bersantai2 sampai lebam..haha..
awak tak cuti ke?
November 19, 2009 4:48 PM
to NuR..
emm...busy tahap gaban saya dah nak berakhir sampai esok...hehe..
dah nak cuti sekolah ni...bolehlah kite bersantai-santai rehatkan kepala yang dok serabut nih kan...ekekke..