MyEm0.Com

Inilah Cerita Saya Yang Sibuk..  


salam dari bumi kenyalang..

hoyeeh, saya kembali menulis lagi setelah beberapa hari tidak menulis sebarang coretan buat tatapan kalian. maafkan saya kerana selalu mengambil masa yang lama untuk update stori mori..bukan malas, tapi ideanya enggak datang..hekhek..

minggu ni adalah minggu yang sibuk bagi saya dan semua guru di sekolah ni. mana tak sibuknya, semua benda nak kena pastikan siap dalam minggu ini. yang paling busy sekali ialah guru kelas macam saya nih. banyak keja yang nak kena settle dalam minggu ni jugak. tak boleh tidak..huhuhu..camno tu?

peperiksaan akhir tahun telah selesai 2 minggu lepas. minggu ni semua markah dan yang berkaitan dengannya wajib diserahkan kepada pihak sekolah. sebabnya minggu depan majlis anugerah prestasi cemerlang peringkat sekolah bakal berlansung. makanya tak dapat tidak, semua kerjaan yang bersangkut paut itu harus diselesaikan dengan segera.

minggu ni saya boleh dikatakan sangat busy. tapi masih sempat berinternet nih. eh mestilah sempat kan..haha..mane aci kalo tak jenguk blog kawan-kawan ni..rasa cam tak sempurna je hidupku..chewaaahhh...hakhak..eh, kamu tak percaye eh?

untuk majlis anugerah itu, saya macam biasalah jawatan tetap dan berpencen kena buat buku program dan jadi jurugambar yang tak bertauliah..hekhek. jadiknya, minggu ni nak kena siapkan sepenuhnya rupa buku program tu sebab guru besau nak tengok progress nya..alahai, camno ni?

masalahnya masih ada lagi maklumat yang belum depa serahkan kepada saya nih..dahla esok ni nak kena present kat guru besau. hegeh-hegehla plak cikgu-cikgu ni buat keja. kita ni yang kena buat buku programnya kena settle dalam minggu ni. nak nunggu depa hantar naik berjanggut dibuatnya..haaa!! sejak bila plak berjanggut nih cik amy oiii...hakhakhak..

tapi nak salahkan depa sangat pun tak bole gak, sebabnya masing-masing ada commitment yang lain. ai, ingat saya ni takde commitment lain lagi ka? saya pun guru kelas juga..macam-macam benda nak kena isi..aihh..

minggu ni gak ada LDP lagi kat sekolah. ni kira yang last. no more LDP lagilah pas nih..hoyeehh! seronok.. bagi yang jadi guru macam saya ni mesti tau LDP tu apa kan. bagi yang tak tau, meh saya nak kabo..LDP tu ialah latihan dalam perkhidmatan..diwajibkan hadir kepada semua guru dan kakitangan sokongan..takde istilah escape ekk..tapi saya dok perhati dalam 2 LDP yang lepas, ada je yang tak datang. tak tahu katanya. leh terima ke reason camtu ek? emm, whatever lah..apa yang penting di sini, saya ada datang dan tak pernah escape..sebabnya saya kena jadik jurugambar. harus ado di situ..hakhak..

sabtu ni plak ada dinner untuk para guru dan staff sokongan. veneu nya tak sure plak saya di mana. kena reconfirm balik tentang tu. ala, lagi pun saya tak kisah buat kat mana-mana pun..yang penting dapat makan yang best-best..haha. tapi, masalah transport tetiba menyelubungi diri. tak tahu nak pergi cemane. nampak gayanya kena buat muka sedih sekali lagilah kat cikgu open tuh numpang naik kete gaiyanya..haha..

ape lagi nak bercerita ni ekk..

alah, tak payah nak cerita banyak-banyak lagilah ek. dah berjela-jela saya tulis tu. saya pun dah tak tahu nak pikir apa lagi dah. next time kalo tetibe idea nak menulis dan bercerita itu datang menjengah kotak fikiran ni, saya akan kembali lagi.

tapi...suka saya nak ulang kat kalian bahawa walaupun saya jarang update blog, tak semestinya saya tidak menjengah blog yang ada dalam list blog kat sebelah tu. saya selalu blogwalking untuk membaca cerita terkini yang dipaparkan. mungkin dengan membaca entry kalian, semangat saya untuk update memuncak naik macam sekarang ni walaupun busy tahap gaban...hakhak..harus ado perkataan GABAN tuh..kekeke!

waahh..makin meleret-leret lak cik amy nih..kang melaut perginya lak..haha

okay, saya akhiri kalam bicara hati saya ini sampai di sini saja..lain masa, lain hari kalo ada idea..saya update lagi. usah risau, im happy to read your blogs..teruskan meng 'update' kan diri setiap masa..haha..saya sudi membacanya..sekian, terima kasih!


waduuhhh, tengoklah kalo kebizian tahap gaban cam nih..ada potensi leh jadi ga ya lam alif nih..hakhak..tak sanggup nk nengok kertas yang macam semak samun nih..adoiii!



ok, tata..








nota kilauan cinta:
pandanglah dengan pandangan mata hati yang pasti..

post signature


Salam Sayang Kasih Berpanjangan

Stori Mori lagiii..
AddThis Social Bookmark Button


Kenangan: Bunga Sakura Dan Oshin..  


sakuraku yang abadi
indah namamu menguntum di sini
anggunnya sakura di taman kasih sejoli
terus menghiasi tanda kasih sudah bersemi
bersama dikau kesayangan hati


mekarlah sakura dalam hiasan budi
kerana yang pasti aku kembali
bersamamu menemani malam ini
moga lenyap kesepianmu duhai pencinta hati


kaulah sakura idaman hati
terpaut dalam keindahan budi
tatkala jiwa merintih sepi
hanya kaulah penyeri diri
dalam taman sang puteri



cerita di sebalik bunga sakura:

saya sukakan bunga sakura. seingat saya memang saya sukakan bunga jepun ini sejak zaman kanak-kanak lagi. masa kanak-kanak dulu, saya memang suka sangat drama jepun dan korea. masa tu lah mungkin saya leh tersuka lak kat bunga sakura nih. dalam cite jepun, selalu dok tunjuk bunga sakura. sangat cantik..terutamanya yang warna pink tu..wah, romantik gitu..haha..

antara cerita jepun yang saya masih ingat lagi ialah oshin..wah, episodnya sangatlah banyak.bermula dari oshin tu kanak-kanak hinggalah zaman tuanya. saya suka tengok gelagat oshin tu.. suka tengok pakaian kimononya. pendek kata, memang sukalah tengok kat oshin nih.suka tengok salji turun.suka tengok dia makan nasi guna penyepit tu.suka tengok dia pakai terompah tu..time tu gak tetiba rasa nak gi jepun gak..haha..lawak sungguh kalo diingat balik kenangan di zaman kanak-kanak ni..


haaa...inilah rupa oshin di zaman kanak-kanaknya.comelkan dia?hehe..


yang ni lak oshin bila dah dewasa..tetap maintain comel..hehe..
tengok tu salji kat rambut dia..waaa...indahnya oshin dan salji itu..


wajah-wajah oshin mengikut usia..tetap comel dan cute pada pandangan saya lah yang minat tengok cite nih..haha..masa kecik dulu saya fanatik ngan cite ni..dah besa nih, takde lah fanatik sangat cuma terimbau sajalah..hehe..




bunga sakura bunga kesayangan
buat hiasan di dinding kenangan
hendakku kasih padamu teman
bilakah masa menjadi kenyataan








p/s: andai dapat kuundurkan masa..ingin kuubah semula apa yang terjadi..tetapi apakan daya masa tidak bisa diputar kembali..hanya kenangan menyimpan cerita indah dan gundah dalam hidupku..






nota kilauan cinta:
indahnya kenangan semusim berlalu..

post signature


Salam Sayang Kasih Berpanjangan

Stori Mori lagiii..
AddThis Social Bookmark Button


Tanpa Kamu Aku Rindu!  



mengapa kau muramkan siangku..
mengapa kau larakan malamku..

mengapa kau malapkan bintangku..
mengapa kau kelamkan bulanku..

kerana..

aku yang masih kesiangan menagih malam yang kehampaan
aku yang masih menghitung sinar bintang yang hilang
aku yang masih mencari cahaya bulan yang sembunyi

kerinduan semakin menghimpit jiwa
sesak nafasku lemas dalam pencarian
entah di mana akan ku cari lagi
erti sebuah kehilangan yang bererti




masih ingat tak lagi suatu hari
kita 'bertemu' dan lalu tersenyum
kita pun bercerita dan bergurau senda
lalu sama-sama jatuh cinta







nota kilauan cinta:
hargailah sebuah pertemuan!

post signature


Salam Sayang Kasih Berpanjangan

Stori Mori lagiii..
AddThis Social Bookmark Button


Update Di Sekolah Saja..  


salam dari bumi kenyalang..

hari ni saya update lagi. mahu bercerita tentang apa, saya sendiri pun tak tahu. bak kata seorang sahabat tu, cerita sajalah apa saja asalkan update. memang niat di hati rasa nak update hari-hari macam sesetengah blogger yang tetiap hari blognya berupdate..sangat bagus. ada saja idea menarik untuk dijadikan bahan entry yang baru. tapi apakan daya saya, ini sajalah yang termampu. kadang update, kadang dibiarkan saja..haha. bukan malas, tapi idea untuk bercerita tak datang plak..camno tuu.. =)

saya update ni dari sekolah..haha. tapi bukan dalam kelas yea..ni kat bilik guru ni. tengah rehat dan masa free sangat banyak hari ni. nak tanda kertas exam, macam takde mood lak sekarang. berserabut fikiran. nak tanda kertas exam ni, hati kena tenang..setenang air di tasik gitu..haha. saya kebiasaannya tanda kertas jawapan exam yang bertimbun tu kat rumah je. maklumla kat rumah takde sapa yang nak kacau. kat sekolah ni, memacam hal. tengah kite sibuk menanda, ada aja lah gangguan yang datang.meeting lah..ada mak pak nak jumpa lah, anak murid terberak dalam kelas lah..haha..sabo je lah!

hari ni last day nye exam. moga mereka semua berjayalah. yang rajin dan gigih berusaha tu, insyaallah akan berjaya. yang malas tu, sendiri mau ingatlah. dah berbuih dah cikgu-cikgu dok nasihat bagai, tapi hampeh..tak diendahkannya..bak kata pepatah, masuk telinga kanan, keluar telinga kiri..ermm, camno nak buat tuu.. =)

setiap hari khamis saya kene bertugas kat rmt time rehat. tugasnya bagi makanan kat budak rmt. menu hari ini ialah bubur daging ngan air milo. waahh, buburnya nampak menarik..tapi sayangnya saya memang sejak dari kecil lagi tak suka makan bubur yang lembik2 macam ni. memang tak bleh masuk. pernah try sekali tapi uweekk. tapi kalo bubur kacang hijau ke bubur jagung ke bleh pulak saya makan. itu suka sangatlah..pelik-pelik..hehe..

apa lagi nak tulis ni ek..

rasanya sampai di sini sajalah dulu. kang melaut lak peginya..haha! harap tulisan saya kali ni tak ada yang bosan membacanya. kalo agak-agak macam bosan tu, ignore je lah entry ni..maklumlah saya ni manalah pandai sangat nak menyusun kata yang indah-indah. mohon maaflah kalo ada kekurangan..inilah saya yang menulis dengan hati yang ceria hari ini walaupun perut saya rasa tidak selesa sejak semalam lagi. saya pun tak tahu nape..


see..sangat comelkan..berdua lebih baik katanya..haha
ceria je anak monyet nih..cuteeee ahh!
smileeee kawan-kawan =)

.
.
.
.
.
.
.
.
.

anak monyet tersengih manja
bila berjumpa si kera sumbang
hari-hari bersua kata
sampai saya tidak 'keruang'


haha..








sekian dulu paparan buat kali ini, ilalliqa'..










nota kilauan cinta:
ciptalah keunggulan agar terasa namamu dijulang..

post signature


Salam Sayang Kasih Berpanjangan

Stori Mori lagiii..
AddThis Social Bookmark Button


Sekadar Luahan Cerita Cik Amy  


salam dari bumi kenyalang..

yeeyy..hari ni saya update lagi. mood masih ceria kerana ramai yang doakan keceriaan saya berpanjangan. terima kasih kepada kamu yang selalu menceriakan kehidupan saya meskipun hatimu sendiri tidak ceria. terima kasih bebanyak..jasamu dikenang.. =)

hari ni masuk hari kedua exam kat sekolah. saya kena mengawas kelas tahun 2 lagi untuk subjek muzik. bila saya tengok soalan kat kertas tu, saya rasa saya pun macam tak boleh nak jawab..maklumla saya ni kalo bab muzik dan yang sewaktu dengannya tak amik tahu sangat..haa sangat terukkan saya? masa menjawab sejam, tapi macam biasalah bebudak nih 15 minit dah siap. jawab apa, saya pun tak tahula.

opss..hari ni saya dah tak guna 'cctv' lagi ek untuk buat sesi peneropongan..hakhak..harap maklum ya..maklumla saya baru tahu yang ini melanggar etika semasa pengawasan peperiksaan ek cikgu imanshah? opss..sori..baru ku tahu..

esok lak exam untuk subjek saya. apa pun, saya doakan semua murid saya dapat jawab dengan jayanya. kalo yang hafal dan ingat teknik menjawab macam yang saya terangkan sebelum ni, insyaallah dapatlah jawab. bagi yang tak nak ikut, mintak maaflah tak dapatlah cikgu nak tolong!

bak kata dr fadzilah kamsah, "ORANG YANG CEMERLANG AKAN BUAT APA YANG ORANG GAGAL TAK SUKA BUAT"..ada betulnya apa yang beliau katakan. kalo dah malas, macamane nak cemerlang? nak berjaya, tapi pesanan cikgu semua tak nak ikut. kalo buat bising tak payah nak disuruh-suruh. steady je buat bising walaupun guru tercongok dok kat depan. apa nak jadilah bebudak nih..see, kan dah membebel..haha!

tetibe je terimbau kenangan di zaman sekolah rendah dulu. satu kenangan indah yang tak dapat saya cari walau di mana-mana. sangat indah untuk dikenang. rindunya saya pada kawan-kawan sedarjah. agaknya di mana mereka sekarang ya? lama sesangat tak jumpa, dah lost contact. apa pun, walau di mana kalian berada, saya doakan moga kalian sihat-sihat saja.
melalui cerita yang saya dengar, ramai di antara kawan-kawan saya yang jadi guru. baguslah, kerana guru adalah kerjaya yang mulia. tanpa didikan guru, maka tiadanya doktor, jurutera, peguam, arkitek dan apa saja kerjaya yang hebat-hebat. jasa guru memang sangat besar. tidak mampu diungkapkan lagi.

sedari kecil memang saya bercita-cita nak jadi seorang guru. mungkin juga disebabkan dari kalangan keluarga saya ramai yang menjadi guru. ingat lagi masa kecil, selalu je saya berlakon mengajar bebudak dalam kelas time habis sekolah..haha..yang kawan-kawan saya lak.. ye ye ooww je berlakon jadi anak murid..kehkeh..lucu betul!

kalo nak cerita pasal kenangan-kenangan manis ni, memang sangat banyak. kenangan pahit ada juga tapi buat apa diingat lagi kan. biarlah hanya kenangan manis meniti di ingatan kita kerana hanya itulah saja yang mampu membuatkan kita tersenyum dan tersengih sendiri kala keseorangan..

saya sudahi coretan ini dengan senyuman walaupun terkadang hati masih mahu menangis. saya memang tak suka menangis di hadapan orang. seboleh-bolehnya saya bertahan dari menitiskan air mata. saya tidak mahu menunjukkan kesedihan saya kepada semua. biarlah orang tahu saya sentiasa nampak gembira. hati menangis hanya Allah yang tahu.

jangan ada yang rasa sayu dengar luahan ini. bukan saya nak meraih simpati tetapi inilah hakikatnya. hati saya memang sudah terbiasa dengan situasi ini. usah bimbang kerana saya akan pastikan saya akan gembira di hadapanmu..ngeeee, saya senyum..dont worry ok?


jumpa lagi!








nota kilauan cinta:
kesepian masa lalu mengajar erti sebuah kerinduan!

post signature


Salam Sayang Kasih Berpanjangan

Stori Mori lagiii..
AddThis Social Bookmark Button


Selamat Maju Jaya Anak-Anak Didikku Sekalian!  


salam dari bumi kenyalang..

saya mulakan hari ini dengan senyuman walaupun hati sedikit sebu dengan gelagat manusia sekeliling. senyum sajalah. kalo bermasam muka sekali pun, itu tak menjadi penyudahnya juga. akhirnya, hati kita juga yang sakit. saya tak mahu sakitkan hati saya yang sedia sakit ini. saya sayangkan hati saya. oleh itu, senyum! ..ngeeee..saya senyum ni..

minggu ini adalah minggu peperiksaan. kebanyakan sekolah sudah mula exam akhir tahun minggu ini. sama juga macam sekolah saya. hari ni saya kena jaga exam bagi kelas tahun 2. subjek bm penulisan. saya jaga kelas budak pandai. wah, tak sampai 15 minit mereka dah siap. kalo siap, mulut senyap takpe jugak. ini mulut bising tak reti dok diam. angin je saya pepagi ni nengok gelagat bebudak ni. masa dah la satu jam lebih. naik tepu dok dalam kelas tu nak nunggu masa abis..huhu~ sabo je lah!

saya memang selalu bawak laptop kemana-mana. maka, tak hairanlah kalo saya on laptop dalam kelas yang saya jaga tadi tu..hehe..biasalah nak hilangkan boring. layankan aje lah internet barang sekejab. maklumla, semenjak ada wifi kat sekolah ni, guru-guru kat sini dah mantopp! semua nampak dok kelek laptop je ke hulu hilir..wah,nampak keteknologian itu terserlah di muka mereka semua..haha..walaupunnn... =)

tapi saya tak pernah sekali pun guna wifi ni lagi. maklumla, saya guna broadband saya sendiri. lagipun, laptop saya ada masalah ngan connection tuk wifi sekolah ni. nape ntah! saya pun naik heran nape takleh connect. nak kata problem tang setting dia, kenapa kalo saya dok kat airport kuching tu, selalu dapat je free wifi..aduss, pelik betulla..tapi saya tak sebu sangat kalo tak dapat connect wifi pun sebab my celcom broadband sentiasa di sisi walaupun kekadang sengal juga line nyee...hahaha..

alamak, melencong ke lain lak saya ni..

sebenarnya yang saya nak stori kat sini bukannya pasal broadband. tapi tajuk sebenar ialah tentang exam tadi tu. saya sebagai guru di sini ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada semua anak-anak didik saya semoga memperolehi kejayaan yang cemerlang kelak. beruasahalah sedaya upaya mungkin kerana kejayaan terletak di tangan anda..bukannya di kaki atau di tengkuk anda..hakhak..wah, sempat lagi melawak cikgu nih!

exam untuk subjek yang saya ajar akan berlansung pada hari rabu ni. mereka yang nak exam, saya pulak yang nervous. bukannya nervous apa pun, cuma bimbang sikit saja. saya risau sekiranya target saya tak tercapai. kalo boleh, exam kali yang terakhir ni saya mahu mereka semua pass. tak nak dah tengok ramai yang dapat merah..sakit mata nengok markah merah-merah ni..haiyyoo..

" selamat maju jaya "







nota kilauan cinta:
ciptalah keunggulan dalam sebuah kejayaan yang gemilang!

post signature


Salam Sayang Kasih Berpanjangan

Stori Mori lagiii..
AddThis Social Bookmark Button


Ada Apa Dengan Hujung Mingguku  


salam dari bumi kenyalang..

haluuuu...cik amy kembali menulis lagi di sini dengan suasana yang lain pula. suasana yang berbeza mengikut musim di hati sendiri. terkadang menulis dalam keadaan yang gembira, ada juga terkadang menulis dalam keadaan yang tidak berapa nak gembira, sedihla tuu..

kali ini saya menulis dalam keadaan yang baik. mood masih segar. tidak kusam dan kelat lagi seperti hari-hari yang lalu. bermurung saja tiada gunanya. biarlah kesedihan itu terus berlalu pergi kerana kegirangan hari ini mampu menceriakan diri walaupun hanya untuk seketika mungkin..

apa khabar teman-temanku sekalian? saya doakan moga semuanya sentiasa berada di bawah rahmat dan kasih sayang Ilahi hendaknya. saya di sini baik-baik saja. sentiasa sibuk dengan life sekarang sebagai sensei di bumi kenyalang..hehe. saya ingin sedaya upaya mencurah bakti di sini semampu mungkin kerana cuti sekolah akhir tahun bakal tiba tak lama lagi. dan mungkin juga inilah kali terakhir saya berkhidmat di bumi kenyalang ini. siapa tahu..

terasa sayang pula hendak meninggalkan sekolah ini. sudah banyak kenangan yang indah telah tercipta di sini. pahit manis selama bergelar sensei di sini pasti tidak mungkin saya lupakan andai saya sudah tidak berkhidmat di sini lagi. makanya, semua kenangan itu akan saya bawa bersama di sekolah baru nanti sekiranya saya berpindah ke sekolah lain, insyaallah..

apa lagi yea?

selamat berhujung minggu buat semuanya yea. pasti masa hujung minggu begini yang dinanti oleh semua orang. inilah masa untuk merehatkan minda dan badan setelah seminggu penat bekerja. ada yang mengambil kesempatan untuk bersiar-siar dan keluar membeli belah barangkali. wah, sangat seronok! tapi bagi saya, masa hujung minggu begini saya lebih suka landing kat rumah saja..hehe. perasaan nak keluar tu, takde lak. rasa nak dok kat umah je. buat aktivti berblogging lagi bagus..haha..saya ni bukannya blogger yang tegar, cuma yang biasa saja.tapi saya suka baca blog orang lain. rasa best membaca cerita mereka. walaupun tiada kawan menemani di sini, tapi tatkala saya membaca blog teman-teman, rasa macam ramai plak kawan..hehe..ape pulak yang cik amy dok merepek pepanjang nih..adduuss!

okayla semua..

saya berundur diri buat seketika. sekiranya saya rajin, akan saya update lagi blog ini.
selamat membaca, kerana membaca itu jambatan ilmu..hehe..
selamat bercuti hujung minggu..jangan nakal-nakal yee..
wassalam..jumpa lagi!











nota kilauan cinta:
keindahan pelangi adalah keindahan wajahmu sayang!

post signature


Salam Sayang Kasih Berpanjangan

Stori Mori lagiii..
AddThis Social Bookmark Button


Sesuatu Yang Sirna  


hari ini rasa macam nak menangis je..tapi sebenarnya memang dah menangis pun. entahla, bukannya saya tak gembira tetapi sedang merasakan akan kehilangan sesuatu. sesuatu yang selama ini banyak memberikan senyuman dan harapan untuk saya menulis dalam dunia blog ini. sesuatu yang memberikan semangat untuk saya menempuhi apa saja yang mendatang dengan gembira.

tetapi sayangnya sesuatu itu bakal terpadam sampai di sini sahaja akhirnya tanpa dipinta..


kita hanya ada satu kehidupan, kerana itu saya mengharapkan agar dapat meneruskan kehidupan itu dengan baik walaupun sesuatu itu tiada lagi menemani malam dan siang saya seperti masa-masa yang lalu..













nota kilauan cinta:
sayang semuanya sudah terlambat..

post signature


Salam Sayang Kasih Berpanjangan

Stori Mori lagiii..
AddThis Social Bookmark Button


Padamu Jua  


bersaksikan alam yang terbentang
bersaksikan bulan dan bintang
gunung-ganang lautan luas
ajaib cintamu tiada terbatas

malam sepi siangku berseri
tiap detik cahayamu menyinari
degup jantung seiring waktu
debar menunggu saat indah denganmu

telah berkali ku terleka
dibuai mimpi indah
berkali ku kecewa
hilang arah pulang padamu jua
sembilan lautan telah kuredah
cintamu jua berharga















nota kilauan cinta:
tiada kejayaan semanis madu tanpa usaha sepahit hempedu!


post signature


Salam Sayang Kasih Berpanjangan

Stori Mori lagiii..
AddThis Social Bookmark Button


Selamat Hari Lahir Kak Idalara  


salam hari ahad buat semua..

ini adalah entry khas saya dedikasikan khas buat kak idalara bersempena hari lahirnya yang ke.. teeeettt..hehe..

ucapan untuk kak idalara..

saya ingin mengambil kesempatan yang ada ini untuk mengucapkan SELAMAT HARI LAHIR buat kak ida. semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan bahagia selalu. semoga ulangtahun kelahiran ini didoakan kak ida sentiasa mendapat kebahagiaan dunia dan akhirat. jangan sedih-sedih lagi ek..senyum selalu!

maaf kak ida lambat wish plak..baru tahu malam tadi sebenarnya..hehe. erm, tang hadiah tu..ini sajalah yang mampu saya buat untuk kak ida. harapnya kak ida bergembira dengan entry ini. inilah tanda persahabatan dan ukhuwwah yang mampu saya hadiahkan buat kak ida.

terima kasih kerana sudi bersahabat dan berkawan dengan saya walaupun kita saling tak mengenali antara satu sama lain. saya gembira dapat mengenali kak ida walaupun hanya di dunia maya. moga kita berkesempatan untuk berjumpa di dunia realiti plak ye..insyaallah!

sekali lagi, HAPPY BIRTHDAY FOR YOU!..moga bahagia selalu ek..tak mao sediy lagi ek..


inilah kak idalara yang cantik dan ayu itu..

bagi yang belum singgah lagi ke blog kak ida, silalah lawati ke laman blognya.. (http://idalara.blogspot.com)


oh ya..kebiasaannya bila sambut hari lahir, memang wajib ada kek kan? tapi saya tak mau bagi kek dkat kak ida. saya nak bagi nasi kerabu ini khas buat kak idalara. inilah hadiahnya. harap kak ida kenyang ek..hehe. makan banyak-banyak sket nasi kerabu baru leh naik berat badan tu..betul ni kak ida..silalah percaya..hakhak..

tetibe lak teringin nak makan nasi kerabu..aduuusss..camno nie?









nota kilauan cinta:
la takhof wa laa tahzan ya aini..

post signature


Salam Sayang Kasih Berpanjangan

Stori Mori lagiii..
AddThis Social Bookmark Button


Sekali Aku Jatuh Cinta  



sedih pilu di dalam hatiku
sayu rindu mengenangkan
di saat kau tiada di sisi
aku termenung selalu

kisah-kisah yang telah berlalu
terbayang satu persatu
kau berjanji menjadi temanku
dan menjalinkan cinta

kau pinta agarku setia padamu
dan aku tak pernah memungkiri
bagaimana denganmu?

sekali aku jatuh cinta
cintaku tak pernah berubah
biar pun diriku punya ramai teman
cintaku satu

sekali aku jatuh cinta
sukarnya aku melepaskan
kerana diriku berjiwa penyayang
bukan pendusta


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

musim bunga yang indah
aku masih setia di sini
menanti dan terus menanti
sampai bila ku tak pasti
kerana kau yang ku nanti





nota kilauan cinta:
bercintalah dengan penuh kasih sayang kerana inilah anugerah terindah buat kita..
Cinta Allah cinta abadi..

post signature


Salam Sayang Kasih Berpanjangan

Stori Mori lagiii..
AddThis Social Bookmark Button


Hari-Hari Yang Berlalu..  


salam semua..

maaf kerana baru hari ini saya mampu nak update blog ini. mungkin sudah ada yang naik bosan dengan blog ini kerana jarang update. maklum sajalah empunya blognye tak berapa rajin nak update bagai nih. kalau ada mood saja..barulah rasa sakan nak update. kalau mood tak datang, i'm sorry..memang tak kuasa nak buat entry bagai. cuma rajin baca blog orang lain sajalah nampaknya..hehe..

hari ni saya rasa nak update. tak tahu nak bercerita tentang apa sebenarnya. cerita memang banyak kalau nak diikutkan. tetapi tak mampu lak nak dikongsikan di sini. saya pun tak tahu mengapa. mungkin mood nak berkongsi itu masih belum datang. yang datang hanyalah keinginan nak hidupkan blog ini dari bersawang.

hari ini saya ada jemputan ke jamuan rumah terbuka cikgu sekolah. banyak juga hidangan menu yang disediakan. ada satay, lemang, sup ayam, kari ayam, daging, mee goreng dan kuih muih. saya makan sampai bertambah..haha. punyala lapau katakan..hakhak.. lagipun, memang masakannya sedap..masyuukk..rugila kalo makan ciput jek..balik umah kang, kempunan tak sudah..yela, malu punya pasal..haha. cikgu ni baru masuk rumah baru sebenarnya. cantik rumahnya. teringin gak saya nak ada rumah sebijik macam dia. bilalah agaknya ya?..waahh, berangan pulak cik amy nih..haha!

sekarang ni asal petang je mesti hujan. pendek kata kalo ada rancangan nak keluar ke ape ke, memang harap maapla tuan-tuan dan puan-puan. memang tak dapek. kalo hujan gerimis tu takpe gak. ni sekali ngan ribut petir dan segala mak nenek tu yang tahan tu. ngeri gak. hujan lebat je, mesti blackout. bersedialah berlilin bagai..hoho!

apa lagi ya?

setakat ni sajalah buat kali ini. hingga berjumpa lagi di entry yang mendatang. maaflah kalo repekan ini membosankan. jangan baca kalo bosan ye!

akhir kalam..

moga anda yang membaca blog ini berbahagia hendaknya. ceriakan hidup anda bersama yang tersayang. senyumlah selagi boleh senyum..hehe..


tersenyum cantik si bidadari
setia menanti si pujangga jiwa
tersemai kasih panji dan janji
kerana dikau berhati cinta











p/s: abgbent, arigato gozaimas..








nota kilauan cinta:
indahnya sang pelangi cinta andai dikau masih di situ..namun kau pergi jua!

post signature


Salam Sayang Kasih Berpanjangan

Stori Mori lagiii..
AddThis Social Bookmark Button


Cetusan Rasa Luahan Jiwa  


kasihku sehangat matahari yang mencerah
cintaku sedalam lautan yang membiru
sayangku sewangi bunga yang memekar

tapi hakikatnya..

sepi malam masih tidak sesepi hatiku ini
hanya alunan rindu mengiringi lena mataku
bermimpi tentang si cinta
bermimpi tentang si sayang
bermimpi tentang si kasih

sayang seribu kali sayang..

semua itu hanya sebuah mimpi yang tak sudah













nota kilauan cinta :
kasih sayang pengikat hubungan yang indah..mampukah aku gapai keindahan itu sekali lagi?

post signature


Salam Sayang Kasih Berpanjangan

Stori Mori lagiii..
AddThis Social Bookmark Button


Senandung Anak Laut  

hendak ku pikat burung di hutan
tapi disambar helang sejoli
hendak ku jerat hatimu teman
jadi perindu blog ku ini


salam..wah ada ke yang menjadi perindu blog kilauan cinta ini yea? persoalan yang tidak ada jawapan. apapun, terima kasih yang tidak terhingga saya kalungkan buat semua yang tidak jemu melayari blog ini walaupun pengisiannya tidaklah segah mana. tetapi, inilah blog saya. blog yang saya bina bersama hati saya. inilah wadah tempat saya meluahkan rasa mahu pun berkongsi cerita dan pengalaman. saya senang begini.. maafkan saya andainya ada yang terluka dengan bicara saya. sungguh saya insan yang lemah. jadi, maafkan saya!


sunset Pictures, Images and Photos

Senandung Anak Laut

Burung camar hinggap di jejari
Seorang nelayan sedang bermimpi
Mimpi tentang duyung mimpi tentang untung
Biduk hanyut dibawa ombak Laut China Selatan

Dalam mimpi berkata sang duyung
Wahai nelayan kau anak laut
Disini tempatmu disini rezekimu
Pengorbanan yang kau lakukan ada balasannya

Mega mendung laut pun bergoncang
Nelayan tersentap bingung sesat haluan
Sang mentari terlindung pantai tak kelihatan
Tawakal jalan akhirnya

Dalam pondok kecil meratap rintihan
Seorang ibu memandang hari muka
Sambil dia menyusukan bayi yang kehausan
Ufuk timur hilang dari pandangan

Wahai anak yang sedang menangis
Mungkin kini kau tak mengerti
Bila kau dewasa dan pandai nanti
Pengorbanan ayahmu sayang jangan kau lupakan


sunset Pictures, Images and Photos

lihatlah kemesraan
lautku bersama hidupku
lihatlah kecintaan
lautku bersama hatiku

dicelah laut yang ku tempuh
bersama cinta yang mengalir
kulerai hati yang tersikat
kiranya pedih hati riang

lihatlah keindahan awan
mencelah di langit biru
lihatlah keindahan itu
lautku membiru gagah berani

biarkan kepedihan
kita hadapi dan tempuhi
biarkan kesakitan
inilah senandung lautku

pada Ilahi doa restu
lindungilah kami selalu
senyum menyimpul rahsia hati
inilah senandung lautku


~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~

kalau menyulam benang sutera
hulurkan saya tikar mengkuang
kalau elok dipandang mata
simpan kenangan jangan dibuang




pesanan buat kamu..

biar rindu asal tak jemu
biar kasih asal tak sedih
biar cinta asal tak tersiksa
biar sayang asal tak hilang
biar berjauhan asal hati tak berubah
biar tak jumpa asal hati tak lupa

cinta wujud kerana ada perasaan
perasaan hadir kerana terciptanya manusia
Manusia hidup kerana adanya Tuhan
Tuhan ada kerana Dia Maha Pencipta








nota kilauan cinta:
mengapa dihitung bintang di langit, sedang cahayanya tak lagi berseri..

post signature


Salam Sayang Kasih Berpanjangan

Stori Mori lagiii..
AddThis Social Bookmark Button


Cerita Di Sekolah: Ramah Tamah Aidilfitri & Pantun CINTA  


berkilau-kilau cahaya bebintang
sedang sang pungguk merindui rembulan
berbunga-bunga hatiku sayang
pabila dikau luah harapan

jendela hati ku buka riang
dalam taman seindah impian
apa kuharap janjimu sayang
dalam dambaan kasihmu tuan

http://emo.huhiho.com

salam kasih sayang buat semua..

apa khabar sekalian sahabat yang ada? ada yang tak sihat ke? hmm..kalo ada yang tak sihat tu, silalah jaga kesihatan sebaiknya. almaklum sajalah sekarang ni musim penyakit semakin menular. batuk saya pun masih belum hilang sepenuhnya. masih ada lagi yang bersisa..uhuk uhuk..dan dan je batuk kat blog erk..haha..

seminggu sudah berlalu hari persekolahan selepas seminggu bercuti. jumaat kelmarin, sekolah saya telah mengadakan sambutan majlis ramah tamah aidilfitri 2009. majlis ini diadakan secara sederhana saja tapi tetap meriah di hati setiap warga sekolah. pelbagai juadah hidangan tersedia di mana-mana. setiap kelas mengadakan kelas terbuka. termasuk kelas saya. banyak betul kuih muih mereka bawa. sampai tak tahu yang mana satu yang nak dijamah dulu..hehe..

antara hidangan utama yang disediakan oleh pihak sekolah ialah nasi kerabu, nasi dagang, nasi impit, satay, lodeh, ayam black pepper, buah-buahan, kuih muih dan sebagainya. saya hanya sempat rasa nasi kerabu sahaja kerana perut saya tak mampu lagi nak menampung makanan lain. sangat rugi kan? haha.. tapi kalo hari ni, rasa kempunan lak nak rasa semua tu...lapau la pulak rasa..cemane tu? hehe..


atas permintaan along, inilah dia rupa hidangan nasi kerabu itu. sorry gambar nasinya lupa nak snap..kali ni kitorang buat nasinya warna kuning. kebiasaan nasi kerabu warna biru kan..saja nak try warna lain..cantik apa warna kuning..haha..sedap pun sedap..

amacam along..ada rasa lapau tak sekarang? haha..sila melaparkan diri ok..


ini pulak antara hidangan lain yang agak masyuuuk jugak. ada lemang, kuah satay, rendang, ayam black pepper dan juga buah-buahan. saya sangat suka makan honey dew tu. rasanya manis..sukalah itu buah!


ini pulak rupa nasi dagang masakan orang sarawak. nasi dagang ni di sponsor sepenuhnya oleh guru besar. wah, sangat bermurah hati itu GB..hehe. ini nasi dagang saya tak sempat nak makan sebab dah kenyang. amik bau je dah kenyang..haha


inilah antara kuih muih yang dihidangkan. ada macam-macam warna. biskut ada,kek lapis ada, yang tak lapis pun ada..semuanya manis-manis. kalo sesapa yang ada kencing manis tu, janganlah makan banyak sangat. saya suka kek coklat yang warna hitam tu. wah, sangat sedap..wallaweihh..

sebenarnya banyak lagi gambar makanan yang saya snap. tapi tak mau lah letak bebanyak kat sini. kot nanti ada jugak yang dok meleleh air mata tu kang..haha..nangis kempunan..


http://emo.huhiho.com


indahnya sakura menjadi idaman
tanda cinta bersemi di jiwa
berbunga riang beri harapan
tanda rindu pada si dia




p/s:
awak..






nota kilauan cinta:
esok belum tentu matahari masih mencerah merah, entah-entah sudah padam di kelopak mata kita..

post signature


Salam Sayang Kasih Berpanjangan

Stori Mori lagiii..
AddThis Social Bookmark Button


 

Design by Amanda @ Blogger Buster